CARA BERGAUL ALA ISLAM






1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya,

sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yangberiman: Hendaklah
mereka menahan pandangan nya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkankepada kaum wanita beriman, ALLAH
berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka
menahan pandangan nya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)
2.Menutup Aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali
yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain
tudung ke dadanya. (an-Nuur : 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:
Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang
demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak
diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-
Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud
Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang
lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat
wanita.
3.Ada nya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas.Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab.(al-Ahzaab : 53)
4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulul lah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali
bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah
berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-
duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis
Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepadA suaminya.

Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah
seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk
dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang
yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan
yan g baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika
yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada
para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang
lain tanpa suara merdu, dialam pengertian janganlah seorang wanita
berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.
(Tafsir Ibnu Kathir 3/ 350)
6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengaN jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah;" Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-
orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat
penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata;" Demi ALLAH,
tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun
saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda
Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina,
yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan
dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji
yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,
Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan
segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana
Firman-NYA; "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)


Kenapa Couple Itu Haram???? SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5 .Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan. 6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya. Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, satu hal saja cukup unt uk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi???
CARA BERGAUL ALA ISLAM CARA BERGAUL ALA ISLAM Reviewed by Author Kaffah on November 07, 2017 Rating: 5

No comments:

Search This Blog

Popular

BAB 5

BAB 5 K I S A H Ada seorang salih, ia mempunyai saudara (kawan) yang salih pula. Setiap tahun ia berkunjung kepadanya. Suatu hari i...

Powered by Blogger.